Tampilkan postingan dengan label syarat nobel. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label syarat nobel. Tampilkan semua postingan

Senin, 20 Juni 2011

Proses Pencalonan dan Pemilihan Penerima Hadiah Nobel

Berbanding dengan setengah hadiah yang lain, pencalonan dan pemilihan Hadiah Nobel agak memakan masa dan dikawal ketat. Inilah satu sebab yang penting Hadiah-hadiah menjadi semakin penting dan berprestasi sejak bertahun-tahun sehingga menjadi hadiah-hadiah terpenting dalam bidang masing-masing.
Borang-borang yang berbentuk undangan pribadi dan eksklusif, dihantar kepada lebih kurang 3000 individu terpilih untuk menjemput mereka untuk mengemukakan pencalonan.
Hadiah Nobel bidang Satra
Gambar  Wikipedia

Contohnya, Yayasan Nobel menyatakan bahwa bagi Hadiah Keamanan, pihak-pihak berikut boleh mengemukakan pencalonan:
Ahli-ahli perhimpunan kebangsaan dan kerajaan negeri
Ahli-ahli mahkamah antarabangsa
Rektor universitas.
Profesor-profesor sains sosial, sejarah, falsafah, undang-undang dan teologi
Pengarah-pengarah institut penyelidikan keamanan dan institut dasar luar negeri
Persons who have been awarded the Nobel Peace Prize
Board members of organisations who have been awarded the Nobel Peace Prize
Ahli-ahli aktif dan bekas ahli Suruhanjaya Nobel Norway
Bekas penasihat yang dilantik oleh Institut Nobel Norway
Syarat-syarat yang serupa dikenakan untuk hadiah-hadiah lain.
Tarikh akhir penyerahan pencalonan dikuatkuasa dengan ketatnya pada 31 Januari.[4] Pencalonan diri ditarik balik kelayakan secara automatik dan hanya orang yang masih hidup layak untuk menerima Hadiah Nobel.
Tidak sama dengan anugerah-anugerah lain, calon-calon Hadiah Nobel tidak diumumkan kepada orang awam, dan tidak sepatutnya diberitahu bahwa mereka sedang dipertimbangkan untuk hadiah langsung. Catatan-catatan ini disimpan selama 50 tahun.
Setelah tarikh akhir pencalonan berlalu, satu Jawatan kuasa menyusun dan menapis semua pencalonan sehingga berhasil satu senarai yang mengandungi kira-kira 200 calon awal. Senarai ini dihantar ke pakar-pakar terpilih dalam bidang kerja setiap calon dan, selepas itu, senarai dikurangkan lagi kepada kira-kira 15 calon muktamat. Jawatan kuasa ini kemudian menulis satu laporan yang mengandungi cadangan lalu menghantarnya ke Akademi atau mana-mana institusi serupa yang lain, bergantung kepada Hadiah. Sebagai contoh mengenai saiz insitut, Perhimpunan untuk Hadiah Perbuatan mempunyai 50 orang ahli. Ahli-ahli institusi ini bersidang dan mengundi untuk memilih pemenangnya.
Proses ini menampakkan sedikit perbedaan antara bidang-bidang berlainan. Contohnya, Hadiah Sastra jarang dikurniakan kepada rakan usaha sama tetapi hadiah-hadiah lain sering membabitkan pelbagai nama.
Larangan pencalonan selepas mati
Pencalonan anumerta (selepas mati) untuk Hadiah tidak dibenarkan sama sekali. Hal ini kadang-kala mencetuskan kritikan bahawa pihak yang patut meraih Hadiah Nobel tidak dapat menerimanya kerana mereka meninggal sebelum dapat dicalonkan. Telah berlakunya dua kali yang mana Hadiah dikurniakan secara anumerta kepada tokoh yang masih hidup ketika masih hidup, iaitu Setiausaha Agung PBB Dag Hammarskjöld (1961, Hadiah Keamanan) dan Erik Axel Karlfeldt (1931, Hadiah Sastera) — kedua-dua mereka dikurniakan Hadiah pada tahun kematian masing-masing.
Sejak tahun 1974, penerimaan anugerah tidak dibenarkan untuk tokoh yang sudah meninggal dunia. William Vickrey (1996, Ekonomi) meninggal sebelum sempat menerima hadiah beliau, tetapi selepas namanya diumumkan.
Sumber://dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Hadiah_Nobel


Twitter Delicious Digg Favorites More