Tampilkan postingan dengan label kegagalan nobel. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kegagalan nobel. Tampilkan semua postingan

Senin, 20 Juni 2011

Kritikan terhadap hadiah Nobel

Perjalanan yang panjang kiprah hadiah Nobel tak lepas dari kritika yang tajam dari berbagai pihak. Ini sangat jelas karena pertarungan blok keamanan yang pada saat itu tak mudah untuk menghilangkan pengaruhnya. Sepintas pemberian hadiah Nobel itu mudah namun karena jangkauan yang luas yaitu seluruh dunia dan untuk berbagai jenis dan bidang hadiah maka penyelenggara sering mengalami kesulitan.
Hadiah Nobel bidang ekonomi
Gambar wikipedia

Hadiah Nobel sering menghadapi kritik selama bertahun-tahun, karena ramai pihak berpendapat bahwa persetujuan resmi dan pengakuan nama lebih penting daripada pencapaian sebenar dalam proses menentukan penerima Hadiah. Senario sedemikian yang terburuk mungkin berlaku pada tahun 1973 apabila Henry Kissinger dan Le Duc Tho berkongsi hadiah Keamanan karena membawa keamanan ke Vietnam, sungguh Perang Vietnam masih berlarutan ketika itu. Le Duc Tho menolak anugerahnya itu atas sebab yang dinyatakan bahwa keamanan masih belum tercapai. Terdapat juga banyak kritikan terhadap penganugerahan Hadiah Keamanan 1994 kepada Yasser Arafat.

Kegagalan untuk menghargai pencapaian dengan setimpal
Mahatma Gandhi dicalonkan untuk Hadiah Keamanan Nobel sebanyak lima kali antara tahun 1937 dan 1948 tetapi tidak pernah memenangi. Kaji selidik menunjukkan bahwa Pihak Berkuasa barangkali bercadang untuk menganugerahkan hadiah kepada beliau pada tahun 1948; bagaimana pun, beliau dibunuh pada tahun itu. Jawatan kuasa itu dilaporkan mempertimbangkan anugerah anumerta untuk beliau tetapi akhirnya mematahkan hasrat itu, sebaliknya memutuskan untuk tidak memberikan Hadiah Keamanan Nobel kepada siapapun pada tahun itu.
Peraturan-peraturan ketat yang melarang penganugerahan Hadiah kepada lebih daripada tiga orang sekaligus juga dijadikan titik pertikaian. Jika sesuatu hadiah diberi untuk mengiktiraf satu pencapaian oleh sepasukan lebih daripada tiga rakan usaha sama, maka sudah tentu ada pihak yang terlepas daripada hadiah tersebut. Contohnya, pada tahun 2002, satu Hadiah dianugerahkan kepada Koichi Tanaka dan John Fenn kerana pemajuan spektrometri jisim mereka dalam kimia protein, maka tidak dapat mengiktiraf pencapaian Franz Hillenkamp dan Michael Karas dari Institut untuk Kimia Fizik dan Teori di Universitas Frankfurt.[5]
Begitu juga, peraturan yang melarang penganugerahan anumerta sering gagal mengiktiraf pencapaian penting oleh soerang rakan usaha sama yang didapati meninggal dunia sebelum hadiah diberikan. Contohnya, Rosalind Franklin melakukan beberapa perkembangan penting dalam penemuan struktur DNA pada tahun 1953, namun beliau meninggal akibat penyakit barah ovari pada tahun 1958, maka Hadiahnya dianugerahkan kepada Francis Crick, James D. Watson dan Maurice Wilkins (one of Franklin's collaborators) in 1962.
Kritikan makin menjadi-jadi menyelubungi Hadiah Nobel dalam fase 2005, terutamanya pengiktirafan Roy Glauber dan bukan George Sudarshan untuk anugerah terlibat. Meskipun kiraan petikan menunjukkan bahwa kertas kerja 1963 Glauber lebih banyak dijadikan rujukan, namun adalah jelas bahwa kedua-dua mereka memberi sumbangan penting ke dalam bidang-bidang optik kuantum dan teori kepaduan. Di sini lagi, kematian secara tiba-tiba Len Mandel dan Dan Walls yang turut memberi sumbangan besar juga menarik balik kelayakan mereka.
Begitu juga, Hadiah Nobel dalam Kimia 2000 "Untuk penemuan dan pemajuan polimer-polimer organik yang konduksian" mengabaikan penemuan polimer "kompleks peralihan berkas" sama konduksiannya yang lebih awal, laporan Weiss et als 1963 mengenai konduksian tinggi dalam polipirol beroksida yang dibubuh iodin [1], dan laporan sebelumnya [2] bagi perkakas elektronik organik yang berfungsi dalam keadaan "pasang" konduksian tinggi.

Ketiadaan hadiah matematika
Terdapat beberapa sebab yang berkemungkinan bagi ketiadaan hadiah Nobel untuk matematik. Wasiat Nobel membincangkan hadiah-hadiah untuk penciptaan atau penemuan yang terbesar manfaat amalinya kepada manusia, iaitu kebarangkalian memikirkan kerja praktikal dan bukannya teori. Matematik tidak dianggap sebagai suatu sains praktikal yang boleh dimanfaatkan manusia, yaitu satu tujuan penting bagi Yayasan Nobel. [7]
Satu lagi sebab lain ialah bahwa sudah terdapat satu hadiah Scandinavia yang dikenali untuk ahli matematik. Anugerah matematik yang sedianya ada pada masa itu terutamanya dicetuskan oleh hasil kerja Gösta Mittag-Leffler yang menubuhkan Acta Mathematica, iaitu antara jurnal matematik yang terutama di dunia. Dengan pengaruh beliau di Stockholm beliau menggesa Raja Oscar II untuk membiayai pertandingan berhadiah dan menngiktiraf ahli matematik yang cemerlang di seluruh Eropah, termasuk Hermite, Bertrand, Weierstrass, dan Poincaré.

Sumber://dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Hadiah_Nobel


Twitter Delicious Digg Favorites More